Thursday, May 21, 2009

Interviu Kerja

Semalam aku bawa Zahid dan Zarin pegi interviu untuk jawatan Safety supervisor di Subang Jaya. Semalam ada dekat2 10 orang pengamal keselamatan dan kesihatan pergi bersama-sama untuk interviu. Sebahagian darinya telah bekerja dan mempunyai pengalaman dalam bidang safety. Terdapat banyak persaingan kat situ, harap2 Zahid dan Zarin diberi peluang untuk melangkah kebidang ini. Ini merupakan interviu pertama untuk Zahid dan Zarin dalam bidang safety. Mengikut SMS yang aku dapat dari kawan aku gaji yang ditawarkan agak lumayan iaitu basic sekitar RM 3000 + allowance + ot boleh cecah 4 ~ 5 Ribu sebulan tapi base pada exprience. Aku tak kisah sangat janji Zahid dan Zarin dapat jawatan tu ok la, dapat la mereka mengembangkan skill mereka dalam bidang safety.

Project aku kat KL Plaza dah hampir nak siap, kalau ikut jadual asal sepatunya hujung bulan April hari tu dah siap tapi atas sebab-sebab teknikal telah dilanjutkan sehingga hujung bulan ni dan kontrak aku sebagai safety supervisor akan tamat pada hujung bulan ini, dan kalau ada rezeki aku akan sambung lagi kerja kat KL Plaza tu tapi dgn Contractor lain pulak. Ada 2 company telah panggil aku interviu untuk jawatan safety supervisor kat situ. Projek Fasa 2 ini memakan masa lebih kurang satu tahun dan kalau dapat boleh le buat duit sikit sebab yang ni offer dia lebih sikit he he he....mesti la demand sikit sebab dah ada experience. Aku juga bercadang untuk ambik exam pada bulan Ogos nanti dan aku akan ambik course utk scaffolding sebab aku duduk dlm bidang construction, ada sijil scaffolding lagi cantik dan lagi masyuk

poknik.....

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP