Saturday, January 31, 2009

Tanggungjawab 'Site Supervisor'

Penyelia bertanggungjawab memastikan bahawa Perancangan Keselamatan dimasukkan di dalam skop kerjanya dan di bawah kawalannya:

Tanggungjawab utamanya ialah :-

a) Mengarahkan kakitangan kontraktor kecil di bawah kawalannya terhadap keperluannya melakukan kerja dengan selamat dan tanpa berhadapan dengan risiko yang diluluskan.

b) Menghentikan operasi kerja jika kecemasan dikenalpasti dan memerlukan pemeriksaan ke atas tindakan atau keadaan kerja yang tidak selamat sehingga perkara tersebut dikenalpasti dan diatasi.

c) Memastikan semua peralatan dan kelengkapan memenuhi spesifikasi yang perlu yang berkaitan dengan keselamatan.

d) Memastikan supaya perkerja-perkerja memakai dan menggunakan Peralatan Perlindungan Pekerja dengan baik berdasarkan keadaan kerja.

e) Memastikan standard kebersihan di tapak kerja dikekalkan dan membuat rancangan untuk pembuangan sisa kerja.

f) Menjalankan mesyuarat perkembangan kerja ( progress meeting )kepada kakitangan dan kontraktor dan memastikan kontraktor kecil yang mana para pekerjanya telah menerima sesuatu yang penting berkenaan tentang keselamatan dan kesihatan perkerjaan dari mesyuarat tersebut.

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP